Pages

Sambutan Hari Guru SMKC 2012

16 Mei 2012, Rabu - 16 Mei merupakan Hari Guru yang disambut pada setiap tahun. Pada tahun ini, sambutan hari guru yang bertemakan 'Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara' telah disambut dengan meriahnya oleh warga SMK Cenderawasih. Bertemakan warna hijau pada tahun ini, guru-guru kelihatan cantik dan segak bergaya. Majlis Sambutan Hari Guru SMK Cenderawasih 2012 yang dipengerusikan oleh Saudara Mohd Yusof dan Saudari Munifah dari Tingkatan 6 Rendah dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku, Negeri Pahang dan Lagu Sekolah.




Majlis diteruskan dengan Bacaan Doa oleh Saudara Ali Imran dari tingkatan 5 Gemilang. Seterusnya ialah Ikrar Guru yang diketuai oleh GPK HEM, En Muhammad Nordin Bin Omar dan nyanyian lagu Kami Guru Malaysia yang diketuai oleh En Mohd Zaidi. 




Majlis diteruskan lagi dengan Persembahan Sajak oleh barisan pentadbir yang diketuai oleh Datin Hajah Fauziah Bt Ismail, Pengetua SMKC, Pn Maznah Bt Arifin, GPK Pentadbiran, En Muhammad Nordin B Omar, GPK HEM, En Ahmad Zainuddin B Saaid, GPK Kokurikulum dan Pn Lee Geok Pei, GPK Tingkatan 6.Selesai bacaan sajak, majlis diteruskan dengan acara memotong kek Hari Guru yang disponsor oleh PIBG SMK Cenderawasih.




Seterusnya ialah persembahan guru dan pelajar. Persembahan pertama dimulakan oleh pasukan unit beruniform Pengakap yang mempersembahkan pentomin 'Aci Aci Buka Pintu'. Persembahan ini dibawahpimpinan Pn Lauran Mazlin selaku guru pengakap dan dibarisi oleh ahli-ahli pengakap lelaki tingkatan 5. Persembahan yang sangat kreatif dan menghiburkan.!!



Persembahan seterusnya ialah persembahan dari guru-guru bidang teknik & vokasional. Persembahan lagu Apa Dah Jadi nyanyian asal Tan Sri SM Salim telah dipersembahkan oleh En Mohd Afifzan selaku 'SM Salim' SMKC dan dibantu oleh ketua bidang teknik & Vokasional, Pn Hajah Nor Rohaya dan guru-guru teknik dan vokasional yang lain. Satu persembahan yang menarik.



Persembahan dari bidang Sains & Matematik pula ialah tarian. Diketuai oleh Pn Jamaliah selaku Ketua Bidang dan Pn Laura Mazlin. antara yang terlibat ialah guru-guru perempuan dari bidang Sains  & Matematik. Persembahan yang sangat menghiburkan kerana dapat melihat guru-guru menunjukkan kelembutan mereka semasa menari.



Persembahan Duet dari Bidang Bahasa antara En Mohd Zaidi dan Pn Nur Hafidhah yang berduet menerusi lagu Ombak Rindu. Mendapat sorakan gemuruh dari pelajar dan dilabel sebagai Hafiz & Adira SMK Cenderawasih. Tahniah..


Persembahan dari Bidang Kemanusiaan pula ialah peraduan meneka siapa. Guru-guru yang terpilih akan ditutup mata dan diminta untuk meneka siapa guru dari bidang bahasa. Antara yang terlibat ialah barisan pentadbir dan beberapa orang guru dari bidang lain. Terdapat juga sesi pelajar meneka guru. Permainan yang menghiburkan.



Selain itu juga, terdapat persembahan nyanyian lagu My Love oleh Saudara Mohd Aizat dan Shakir dari tingkatan 5, Persembahan Ocarina iaitu alunan muzik dibawah pimpian En Sum , persembahan Koir 'I'm Your & What Make Beautiful' oleh Miss Holly dan pelajar tingkatan 2 Adil dan juga persembahan Yoyo cina.




SMK CENDERAWASIH

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.