Pages

KANTIN SMK CENDERAWASIH BERWAJAH BARU





KANTIN SMK CENDERAWASIH BERWAJAH BARU


Awal tahun 2014, para guru dan pelajar SMK Cenderawasih terpegun melihat perubahan yang berlaku di kantin sekolah. Mereka memuji akan perubahan tersebut.


Antara perubahan yang dapat dilihat ialah kantin kelihatan lebih ceria dengan pelbagai jenis hiasan menarik, makanan pelajar dan guru disusun dengan teratur serta kemas. Kebersihan kantin juga lebih terserlah dengan penggunaan alas meja yang sesuai dan penyediaan tong sampah yang sistematik.


Selain itu, pihak kantin juga telah menyediakan bekas untuk meletakkan pinggan dan cawan pelajar. Secara tidak langsung dapat mendidik pelajar agar menjadi lebih berdisiplin. Di samping itu, pelbagai info-info menarik ditampal di papan kenyataan dan meja pelajar. Selaras dengan matlamat Jawatankuasa Kantin sekolah untuk menjayakan program kantin berinformasi.


Sesungguhnya perubahan yang berlaku di kantin adalah suatu tindakan yang baik. Semoga perubahan ini akan terus ditingkatkan agar kantin lebih bersih, ceria dan selamat dengan kerjasama warga SMK Cenderawasih.

SMK CENDERAWASIH

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.