Awal tahun 2014, para guru dan pelajar SMK Cenderawasih
terpegun melihat perubahan yang berlaku di kantin sekolah. Mereka memuji akan
perubahan tersebut.
Antara perubahan yang dapat dilihat ialah kantin kelihatan lebih
ceria dengan pelbagai jenis hiasan menarik, makanan pelajar dan guru disusun
dengan teratur serta kemas. Kebersihan kantin juga lebih terserlah dengan
penggunaan alas meja yang sesuai dan penyediaan tong sampah yang sistematik.
Selain itu, pihak kantin juga telah menyediakan bekas untuk
meletakkan pinggan dan cawan pelajar. Secara tidak langsung dapat mendidik
pelajar agar menjadi lebih berdisiplin. Di samping itu, pelbagai info-info
menarik ditampal di papan kenyataan dan meja pelajar. Selaras dengan matlamat
Jawatankuasa Kantin sekolah untuk menjayakan program kantin berinformasi.
Sesungguhnya perubahan yang berlaku di kantin adalah suatu
tindakan yang baik. Semoga perubahan ini akan terus ditingkatkan agar kantin
lebih bersih, ceria dan selamat dengan kerjasama warga SMK Cenderawasih.