Pages

Pelancaran 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia

2 Julai 2011, Sabtu - Pada hari ini diadakan Pelancaran 1Murid 1Sukan untuk peringkat sekolah. Peringkat Kebangsaan diadakan di negeri Perak, Peringkat Negeri pula diadakan di Bentong dan Peringkat Daerah diadakan di SMK Paya Besar.

Majlis dimulakan dengan senamrobik yang diketuai oleh guru-guru pelatih dan seterusnya warming up untuk memastikan larian dapat dilaksanakan dengan sempurna. Setelah selesai senamrobik, majlis pelancaran bermula dengan bacaan doa dan seterusnya ucapan perasmian oleh GPK Kokurikulum SMK Cenderawasih, En Ahmad Zainuddi Bin Saaid. 






Seterusnya tembakan permulaan larian dilepaskan oleh YDP PIBG SMK Cenderawasih, En Nik Kamarulzaman Bin Nik Ahmad. Semua guru dah murid memulakan larian. Selesai sahaja larian, majlis diteruskan dengan cabutan nombor bertuah dan penyampaian hadiah kepada pemenang larian.

Pada jam 1045, perlawanan sukan diadakan seperti perlawanan bola sepak, bola jaring, catur dan ping pong.

SMK CENDERAWASIH

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.