Pages

Hari Pertama Persekolahan 2012

4 Januari 2012, Rabu - Pada hari ini bermulalah sesi persekolahan untuk sesi tahun 2012. Bermula dengan perhimpunan rasmi seawal jam 7:20 pagi yang dipengerusikan oleh Pn Ewe selaku guru bertugas dan 2 orang pengawas yang bertugas. Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku, diikuti Lagu Negeri Pahang dan seterusnya Lagu Sekolah. Majlis diteruskan dengan ucapan dari GPK Kokurikulum, En Ahmad Zainuddin Bin Saaid yang menyampaikan maklumat berkaitan kokurikulum. Seterusnya ialah ucapan dari GPK Pentadbiran, Pn Ani Binti Embong yang mewakili Tuan Pengetua, Datin Hajah Fauziah Bt Ismail yang tidak dapat hadir disebabkan kehilangan ibu tersayang yang telah kembali ke Rahmatullah. Justeru itu, marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah ibu tuan pengetua dan semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Amin.

Lampiran gambar pada hari pertama persekolahan......






SMK CENDERAWASIH

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.