Pages

JASAMU DIKENANG - EN AHMAD ZAINUDDIN BIN SAAID

PERGIMU SUKAR DIGANTI.......





Gelaran ‘Pak Din’ sangat sinonim dalam kalangan warga SMKC. Gelaran tersebut menggambarkan betapa  orangnya sangat peramah dan mudah didekati kerana beliau berwatakan seorang bapa. Anak kelahiran negeri Che Siti Wan Kembang ini mula kenal tulis baca di SK Gua Musang, kemudian menyambung pelajarannya di SMK Sultan Yahya Petra, Kuala Krai dan di SMK Alam Shah, Kuala Lumpur.

Dengan pencapaian akademik beliau yang cemerlang, beliau telah melanjutkan pengajian di Universiti Pertanian Malaysia pada tahun 1975. Pada tahun 1985, beliau menyambung pengajiannya ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Sains Malaysia. Selepas tamat pengajian, kerjaya beliau bermula di SMK Karak, kemudian bertukar ke SMK Sertik, Bentong. Beliau kemudiannya dilantik sebagai GPK Kokurikulum dan ditempatkan di SMK Sultan Abu Bakar, Kuantan dan bakal mengakhiri perkhidmatannya di SMK Cenderawasih pada 3 hb November, 2012.

Anak kedua daripada lima orang adik beradik ini telah bertemu jodohnya dengan seorang wanita jelita yang sangat meminati bidang perniagaan. ‘Pak Din’ seorang yang aktif dalam bidang sukan. Sebagai contohnya, beliau telah dilantik sebagai ahli jawatankuasa Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Premier, peringkat negeri Pahang.Ketokohan beliau dalam pengendalian sukan berprestij tinggi ini menyebabkan beliau telah dilantik sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum.

Pak Din seorang GPK Koko yang sangat optimis dan proaktif. Di bawah penyelenggaran beliau, semua data berhubung kokurikulum pelajar tersusun rapi, malahan mendapat pujian daripada Pihak Nazir yang membuat pemantauan ke SMKC. Tidak keterlaluan jika pujian ini diberikan kepada beliau kerana kesanggupan beliau yang sanggup turun padang bersama pelajar-pelajar untuk membuat garisan di padang, mengangkat pasu-pasu bunga, dan mengecat dinding-dinding bangunan. Beliau sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit demi melihat keceriaan dan kemajuan sukan dalam kalangan pelajar.

Bagi kami, persaraan beliau merupakan satu kehilangan, namun tiada siapa yang boleh menolak Takdir Yang Maha Esa. Pak Din sentiasa dalam kenangan. Selamat bersara. Pergimu sukar diganti. Walaupun demikian, kami sentiasa mendoakan kesejahteraan Pak Din sekeluarga.  Semoga Pak Din sentiasa mendapat Rahmat Allah Azzawajalla. Amin. Amin. Ya Rabbal Alamin.

 
TERIMA KASIH AYAHANDA...




SMK CENDERAWASIH

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.